Thursday, April 5, 2012


Laman web ini menayangkan video yang berkaitan dengan haiwan-haiwan liar. 
Tontonilah video ini. 

Saturday, March 31, 2012

Dokumen Standard Kurikulum Sains Tahun 1

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dokumen Standard Kurikulum (sukatan pelajaran) Sains Tahun 1, sila rujuk:

Objektif

Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:

  • Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.
  • Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 
  • Meningkatkan daya kreativiti murid.
  • Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
  • Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
  • Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.
  • Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

Matlamat Standard Kurikulum Sains

Matlamat kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

Sunday, March 11, 2012

Falsafah Pendidikan Sains Negara

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.